Video Trending



loading...
Judul:Kencing Berdiri DIBENARKAN Dalam Islam Mengikut GARIS PANDUAN Ini!
Durasi:00:14:21
Dilihat:89,105x
Diterbitkan:05 April 2017
Sumber:Youtube
Suka Ini ?:

Syarah mengenai hadis arab badwi kencing di dalam masjid.

Nabi layan manusia tak sama terutamanya orang arab badwi.

Jangan suka tahan-tahan kencing sebelum menunaikan solat.

Selain itu jangan tangguhkan makan apabila makanan sudah terhidang di depan mata semata-mata nak solat terlebih dahulu kerana takut-takut solat jadi tak khusyuk kerana terbayang akan makanan yang terhidang sebentar tadi.

Jadi, hendaklah makan dengan sekadarnya lalu kemudiannya pergi bersolat.

Bab kencing pun ulama' ada berbeza pendapat mengikut mazhab.

Mazhab Syafi'i mengatakan makruh kencing berdiri.

Mazhab Hambali mengatakan bahawa kencing berdiri tidak ada masalah kerana Huzaifah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah kencing berdiri pada satu tempat sampah. Hadis ini diriwayatkan oleh sahih Muslim.

Kencing berdiri tidak menjadi masalah bagi mazhab Hambali dengan dua syarat iaitu:

1. Hendaklah tidak terpercik air kencing tersebut terkena pakaian semasa kencing berdiri.
2. Tidak menyingkap aurat semasa sedang kencing.

Kencing dalam masjid haram. Tetapi untuk situasi pak arab badwi ini dimaafkan sebab dia tidak reti atau tiada yang bagi tunjuk ajar pada waktu itu.

Sambungan video: https://youtu.be/6S4V-FRvlEA

BAGIKAN KE TEMAN ANDA


loading...